Moto Life

Powered By Blogger

Islam dan Kristian

Sebelum membaca apa2 tentang agama Kristian..elok rasanya jika saya membuka topik pengenalan agama Kristian ini..supaya lebih jelas bidayah wa nihayahnya..utk penjelasan ilmiah dalam alQuran, bacalah kisah2 Bani Israel yg banyak disebut di dalam surah alBaqarah..namun artikel di bawah adalah berdasarkan sumber catatan sejarah sahaja..

~ Kaum Bani Israel pada masa tahun-tahun akhir pemerintahan Raja Herod the Great (37-4 B.C) hidup dalam keadaan tertekan. Mereka sering mengharapkan penyelamat iaitu al-Masih akan datang utk menyelamatkan mereka dari pemerintahan Rom. Bani Israel tidak suka pada Herod kerana dia merupakan boneka kerajaan Rom.

~ Terdapat 4 golongan Bani Israel yg penting ketika ini:

1) Golongan Sadducees- Golongan kaya dan telah menerima dan menserasikan diri dgn kehadiran kerajaan Rom malah bekerjasama dgn mereka. Golongan ini tidak percaya akan kehidupan akhirat, syurga atau neraka. Kebanyakan mereka adalah rahib. Mereka menerima Torah bertulis (written Torah) sahaja.

2) Golongan Pharisees- Golongan ini pula tidak bekerjasama dgn Rom dan menentang Rom. Penumpuan hidup mereka adalah Torah bertulis dan ribuan Torah Lisan warisan. Turut mempercayai kehidupan akhirat.

3) Golongan Zealots- Mereka ini mengharapkan al-Masih datang sebagai panglima tentera yang akan menghapuskan Rom (anti kerajaan Rom). Golongan ini suka memberontak.

4) Golongan Essenes- Mereka mencari keamanan dgn mengasingkan diri di padang pasir. Mereka banyak membentuk komuniti kecil dan banyak upacara keagamaan. Mereka mengaharapkan amal ibadah mereka akan mempercepatkan kedatangan al-Masih.

~ Pakaian golongan2 dia atas adalahg yg diperbuat dari bulu kambing dan makanan mereka adalah belalang dan madu.

~ Di zaman inilah Isa al-Masih dilahirkan.
JESUS

1) Dilahirkan oleh Mary (Mariam) di kampung Bethelem. Dibesarkan di Nazareth.* Nama asal dalam bahasa Aram yg digunakan oleh Jesus sendiri ialah Yeshuah. Pengaruh kuat bahasa Greek dalam penulisan Bible telah menukarkan sebutan kepada Yesus dan kemudian dunia Barat telah menukarkan ejaan kepada Jesus. Bahasa Arab=Isa.

2) Perkataan Ibrani 'masaha' bermaksud meminyakkan atau menyapukan minyak. Terbitan dari perkataan ini ialah 'messiah' iaitu seseorang atau sesuatu yg disucikan. Di zaman para anbia', apabila seseorang itu menjadi nabi atau raja, minyak akan dituangkan pada kepalanya. Bani Israel telah menyamakan perkataan 'messiah' kepada penyelamat. Messiah dalam bahasa Arab ialah Masih dan dalam bahasa Greek ialah Kristos...akhirnya bertukar menjadi Christ.

3) Isa al-Masih adalah sama dgn 'Jesus Christ' pada namanya. Tetapi penerimaan dari segi agama Kristian dan Islam AMAT BERBEZA.

4) Pengikut Jesus pada mulanya terdiri daripada puak2 yahudi dari Galilee dan kawasan sekitarnya. Mrk dipanggil Nazarene kerana mereka mengikut Jesus dari Nazareth. Dari perkataan ini terbit perkataan bahasa Arab 'Nasara'.

5) 20 tahun selepas Nabi Isa a.s. meninggal, apabila St.Paul mengembangkan ajarannya di suatu tempat bernama Antioch, dia menegaskan bahawa Jesus itu adlh Christ (al-Masih). Maka penduduk di situ memanggil mereka pengikut Christ=Christians. Dari sinilah terbitnya perkataan Kristian- 20 tahun slps kematian Jesus!

*sumber menurut sejarah dari bible. Utk keyakinan, sila telusuri kitab2 sirah seperti Tarikh at-Tabari.


Suka saya ingin menegaskan..artikel yg saya post dalam ruangan ini bersumberkan Bible NKJV dan beberapa buku berkaitan Kristian yg lain. Tidak semua yg ditulis adlh sahih kesemuanya. Jika ada yg betul sepertimana riwayat yg sampai kepada kita, ia adlh kebetulan namun al-Quran dan as-Sunnah merupakan awlawiyyat dalam mencari sumber2 tersebut. Artikel ini cumalah menurut riwayat sejarah dari Bible sahaja.

AJARAN JESUS

~ Jesus pernah mengatakan bahawa kedatangannya bkn uk mengubah ajaran Taurat sebelumnya tetapi utk menyempurnakannya (Injil Matthew 5:17). Keadaan ajaran asal yg diwahyukan kpd Nabi Musa ketika zaman Jesus telah banyak diubahsuai oleh golongan pendita Bani Israel. Jesus tlh diwahyukan ajaran2 yg menjelaskan ajaran sbnr. Jesus menyampaikan ajaran2 tersebut dalam bentuk khutbah kepada org ramai dan cerita dengan maksud tersirat (parables). Kata2 inilah yg boleh kita anggap sbg INJIL.

~ Di antara ajarannya seperti yg terkandung dalam khutbah di atas bukit (Sermont of the Mount) ialah:

1) Jauhkan kepentingan sekular dan rapatkan diri kepada kerajaan Tuhan. Beriman kepada Tuhan dan letakkan harapan kepada Tuhan dan bukannya kepada makhluk.
2) Menurut kepada Perintah Tuhan (10 commandments-ada disebut di dalam Bible sehingga versi terkini) dan hukum-hakam asal Taurat.
3) Atasi marah dan nafsu, kesetiaan dlm perkahwinan, kemaafan, sayangkan semua termasuk musuh dan bermurah hati.
4) Cara sembahyang ialah dgn mengucapkan The Lord's Prayer:

b.Inggeris lama- Our Father, who art in heaven, hallowed be thy name; thy kingdom come; thy will be done on earth as it is in heaven. Give us this day our daily bread; and forgive those who trespass against us; and lead us not into temptation, but deliver us from evil. Amen.
(terjemahan: Tuhan kami di langit, maha suci namaMu, kerajaanMu akan wujud di bumi, kehendakMu akan terlaksana di bumi seperti juga di langit. Berilah kami rezeki kami pada hari ini; maafkanlah kesalahan kami seperti kami maafkan kesilapan orang terhadap kami, dan janganlah kami dijurus ke arah kesesatan, tetapi selamatkanlah kami dari kejahatan.)

~ Ajaran2 ini tidak diterima oleh kumpulan2 Bani Israel atas sebab masing2:

1) Puak Sadducees tidak menerima Jesus atas dasar kepentingan politik. Mereka marah apabila Jesus mengkritik cara mereka yg berpura2 alim.
2) Puak Pharisees marah kerana kandungan ajaran agama Jesus yg dipandang ringan berbanding dgn tambahan pada Taurat+Mithna+Gemara yang begitu kompleks. Puak ini mengambil kepada yg tersurat dan Jesus cuba uk memahamkan yg tersirat. Mereka juga tidak setuju cara Jesus mendekati golongan yang dianggap berdosa seperti pemungut cukai, pelacur* dan lain2.
3) Puak Zealots pada mulanya mengharapkan Jesus akan mengetuai mereka dan menghancurkan Rom tetapi kelembutan cara Jesus menyebabkan mereka menjauhkan diri daripada Jesus.

* Terdapat riwayat lain- Jesus berlembut terhadap Mary Magdalene, (seorang pelacur)- golongan yg dianggap berdosa pada zaman itu.


Akhir Riwayat

Pada mlm Passover, Jesus tlh pergi dan memasuki kota Jerusalem dgn keldai kerana disebut di dlm kitab lama, al-Masih akan dtg menaiki keldai. Jesus telah menterbalikkan meja2 pengurup wang dan penjual haiwan yg disembelih kerana terlibat dlm penipuan di tempat yg suci.

Puak Sadducees merasa marah terhadap Jesus krn ini merupakan salah satu sumber pendapatan mrk.

Golongan Pharisee pula dkritik oleh Jesus sbg org yg hipokrit.

Maka kedua-dua go;ongan ini tlh berpakat dgn salah satu pengikut Jesus iaitu Judas Iscariot utk membunuh Jesus.

Last Supper (Makan Malam Ketuhanan)

Pada mlm Passover, Jesus dan 12 pengikutnya (Simon yg turut dikenali sbg Peter, adiknya Andrew, James dan John s/o Zabedee, Philip, Bartholomeow, Thomas, Matthew si pemungut cukai, James s/o Alpheus, Thedaeus, Simon dari Canaan dan Judas Iscariot

Pada mlm ini ketika meraikan Passover, Jesus tlh memberikan roti kpd pengikutnya sbg tanda peringatan. Roti ini mewakili jasadnya. Wain pula diberi sbg peringatan darahnya yg dikorbankan utk manusia.

Jesus kemudian melakukan janji baru iaitu siapa yg mengikutinya akan terselamat. Inilah berita baik yg dibawa oleh Jesus-Perjanjian Baru.

Menurut kepercayaan Kristian, Jesus kemudian ditangkap dan seterusnya disalib. 3 hari selepas itu dia hidup kembali dan mengajar penduan akhir kepada pengikutnya. Selepas itu dia naik ke langit dan menduduki sebelah kanan takhta Tuhan.

St Paul

Selepas pemergian Jesus, pengikutnya hidup dlm ketakutan krn mrk ditindas.
Salah seorang yg menindas mereka ialah seorang Yahudi bernama Saul dari Bandar Tarsus. Orang Yahudi dari Tarsus sgt terpengaruh dgn Tamadun Greek.
Saul membesar menjadi seorang yg sgt fanatik terhadap ajaran Yahudi dan membenci Jesus serta pengikut2nya walaupun dia TIDAK PERNAH BERJUMPA DENGAN MEREKA. Dia hanya sempat berjumpa Peter selama 15 hari sahaja.
Saul memusuhi kaum Nasrani dan menindas serta membunuh ramai orang.
Suatu hari ketika dalam perjalanan Damascus, dia terdengar atau melihat cahaya dari langit yg mengatakan bahawa itu ialah suara Jesus. Saul pun beriman kepada Jesus dan dianggapnya sbg Tuhan. Maka dia menganggap dirinya sebagai Rasul kepada Tuhan Jesus.


LAHIRNYA AGAMA KRISTIAN & BIBLE

-Apabila pendakwah Kristian awal berdakwah risalah yg disampaikan oleh Jesus slps pemergiannya, mrk merasakan bhw mrk perlu ada sesuatu yg bertulis sbg panduan.

-Pada A.D. 51, Paul mula menulis surat2 utk berdakwah. Surat2 ini disimpan rapi dan dikongsi.

-Pada A.D. 125, kesemua 27 buku2 yg dianggap suci sudah pun tertulis.

-Pada A.D. 250 semua tlh dikumpulkan.

WALAUPUN BUKU2 INI DITULIS OLEH MANUSIA, IA DIANGGGAP WAHYU KERANA MEREKA PERCAYA PENULISAN KITAB2 INI ADLH DGN INSPIRASI 'HOLY SPIRIT'

Buku2 dalam The New Testament ialah:


Bil Nama Kitab Isi
1 Injil Matthew Penulis: Matthew yang meniru daripada Mark. Jesus dilihat sebagai al-Masih.
2 Injil Mark Penulis: Mark, sahabat Paul. Injil pertama. Mengajar agar menerima Jesus sebagai anak Tuhan.
3 Injil Luke Bahagian pertama dari 2 bahagian. Ditulis ketika agama Yahudi tidak mendapat sambutan selepas kemusnahan Temple of Solomon pada 70 A.D. Luke menulis seolah-olah Jesus dan agamanya dijanjikan oleh kitab-kitab lama.
4 Injil John Ditulis oleh beberapa orang. Konsep Inkarnasi.
5 Acts of the Apostles Bahagian 2 Injil Lukas. Mengandungi kisah golongan Kristian bukan Israel (Gentiles). Turut menceritakn tentang usaha dakwah Peter dan Paul.
6 Letter to the Romans Ditulis oleh Paul. Tentang Jesus sebagai penyelamat.
7 1st Letter to the Corinthians Ditulis oleh Paul. Ditujukan kepada orang Corinth yang sesat.
8 2nd Letter to the Corinthians Ditulis oleh Paul. Surat kedua kerana surat pertama tidak mendapat maklumbalas.
9 Letter to the Galatians Ditulis oleh Paul. Ia ditulis kerana penganut baru dari Galatia mula mengamalkan hukum-hakam Musa. Paul marah dan menyumpah mereka yang mengikut selain dari ajaran beliau.
10 Letter to the Ephesians Ditulis oleh seseorang yang amat memahami idea-idea Paul.
11 Letter to the Phillippians Ditulis oleh Paul. Tentang penolakan hukum-hakam lama.
12 Letter to the Colossians Ditulis oleh Paul. Menentang ajaran palsu. Paul digambarkan sebagai wakil Tuhan.
13 1st Letter to the Thessalonians Ditulis oleh Paul. Berkenaan kedatanga n kedua oleh Jesus.
14 2nd Letter to the Thessalonians Ditulis oleh Paul atau orang lain. Tentang kedatangan kiamat. Orang Thessalonian mula merasa bimbang tentang kiamat setelah membaca 1st Letter. Manakala 2nd Letter ini memberikan tanda-tanda kiamat yang kabur supaya orang tidak mersa bimbang.
15 1st Letter to the Timothy Paul menulis surat ini kepada Timothy, sahabatnya. Ajaran tentang Jasmani adalah sama penting dengan Rohani. Turut mengandungi doa-doa.
16 2nd Letter to the Timothy Paul menulis dari penjara. Tentang berita kematiannya nanti dan menyuruh Timothy agar meneruskan kerjanya.
17 Letter to Titus Paul menulis tentang makanan dan lain-lain. Juga topic tentang penghalalan.
18 Letter to Philemon Tentang perhambaan dan persaudaraan.
19 Letter to the Hebrews Penulisnya tidak diketahui. Lebih berbentuk khutbah.
20 Letter of James Ditulis oleh James yang tidak dikenali. Tentang amal.
21 1st Letter of Peter Ada menyebut tentang pembaptisan.
22 2nd Letter of Peter Penulis kitab ini dicurigai.
23 1st Letter of John Tentang sifat manusia Jesus, Son of God.
24 2nd Letter of John Tentang kasih sayang.
25 3rd Letter of John Tanggungjawab tentang missionary.
26 Letter of Jude Tentang Nabi palsu.
27 The Book of Revelations Tentang Hari Akhirat.


321 A.D. Maharaja Constantine membenarkan agama Kristian berkembang dalam empayar Rom dan dia sendiri memeluk agama itu.

325 A.D. Council of Nicea diadakan di Nicea, Turki. Maharaja Constantine telah memanggil semua Bishop di dunia untuk bertemu dan berdebat tentang sifat Jesus.

Arius mengatakan Jesus itu makhluk dan bukan Tuhan.
Anthanasias mengatakan bahawa Jesus itu Tuhan dan sama seperti Tuhan.

Persidangan ini bersetuju dengan Athanasias dan menolak Arius serta ajarannya. Dari sinilah terbitnya konsep TRINITY- Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Suci.

Dalam abad ke-2 selepas Masihi, Rom mula menapak sebagai kuasa utama dalam agama Krsitian. Bishop Rom menggelarkan diri sebagai Pope. Ia juga merupakan pelantikan tradisi dari Peter, anak murid Jesus.

Di antara ajaran-ajaran gereja adalah Sacrament.
Sacrament adalah benda atau perbuatan yang dianggap suci di mana apabila ia diamalkan, elemen ketuhanan akan wujud dalam manusia. Sacrament adalah iman yang dizahirkan. Jumlah Sacrament bagi penganut Kristian Katolik adalah 7 dan hanya 2 Sacrament bagi orang Kristian Protestant. Sacrament tersebut adalah:

1. Pembaptisan (Baptism)
2. Pengukuhan (Confirmation)
3. Makan Malam Ketuhanan (Eucharist)
4. Pengampunan Dosa (Penance and the Forgiveness of Sins)
5. Peminyakan (Anointing the Sick) atau (Extreme Union)
6. Institusi Paderi (Holy Order)
7. Perkahwinan (Holy Matrimony/Marriage)


sambungan tentang perayaan Kristian:

PERAYAAN KRISTIAN

Tarikh, Perayaan dan Sebab


1 Januari-Circumcision (Khatan)
Sebagai peringatan terhadap Jesus yang berkhatan 8 hari selepas dilahirkan.

6 Januari-Epiphany
Lawatan 3 Raja.

2 Februari-Candlemas
Jesus dibawa ke Synagogue. Simon dan Anna mengenali bayi itu sebagai al-Masih.

1 hari sebelum Lent-Shrove Tuesday
Hari persiapan Lent.

40 hari puasa Lent sebelum Easter-Lent.
Hari pertama adalah Ash Wednesday
Jesus berpuasa selepas dibaptis dan digoda syaitan.

Ahad sebelum Easter-Palm Sunday
Kemasukan Jesus ke Jerusalem yang meriah (1 minggu sebelum kematiannya)

Khamis sebelum Easter-Maundy Sunday
Makan Malam Ketuhanan.

Jumaat sebelum Easter-Good Friday
Kematian Jesus.

Sabtu sebelum Easter-Holy Saturday
Sabbath kematian Jesus.

Ahad Easter-Easter Sunday
Kebangkitan Jesus.

Khamis kelima-40 hari selepas Easter -Ascension (Kenaikan)Jesus naik ke langit.

7 minggu selepas Easter-Pentecost/Whitsunday
Holy Spirit turun kepada pengikut Jesus.

1 minggu selepas Whitsunday-Trinity Sunday
Perayaan utk mereka yang ‘syahid’.

Khamis selepas Trinity Sunday-Corpus Christi
Pemujaan Sacrament.

1 November-All Saints’ Day
Para Wali.

2 November-All Souls’ Day
Roh.

4 Ahad sebelum Easter hingga Christmas-Advent
Persiapan utk Christmas.

25 Disember-Christmas
Kelahiran Jesus.


>Kristian juga agama Allah... oleh kerana kitab Injil yang dah ditukar ke Bibble... dan terpesong jauh.... muncullah agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W...

PANDANGAN ISLAM TENTANG AGAMA KRISTIAN
Islam mengakui bahawa Isa al-Masih dan ajaran yang dibawanya tetap bersesuaian dengan Islam. Pandangan Islam terhadap agama Kristian sekarang, boleh disimpulkan seperti di bawah:

Islam mempunyai keyakinan yg tegas bahawa Allah itu Maha Esa dan ajaran yg diajarkan oleh Isa al-Masih sebenarnya ialah mengakui Tuhan Yang Maha Esa (sepertimana ajaran-ajaran para nabi kepada kaum mereka yang datang sebelum Isa a-Masih). Ia turut mengajarkan keyakinan yang utama mengakui Allah Maha Esa dan al-Masih itu adalah Rasulullah, pesuruh Allah kepada kaumnya Bani Israel. Dalil yang boleh dinyatakan adalah:

a) Firman Allah dalam al-Qur’an yang bermaksud:
“Sungguh-sungguh kafirlah orang-orang yang mengatakan; “sesungguhnya Allah ialah al-Masih anak Maryam”. Sedangkan al-Masih berkata: “Hai Bani Israel, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu. Sesungguhnya siapa mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya Allah telah mengharamkan syurga baginya dan tempat tinggalnya adlh dalam neraka; dan tidak ada penolong bagi orang-orang yang aniaya itu” (al-Maidah juzu’(6):72)

b) Mark menceritakan dalam Injilnya (The New Testament, Injil Mark 12:28-32) bahawa seorang jurutulis bertanya kepada Isa al-Masih:
(Mark 12:28). Maka datanglah seorang ahli Taurat; setelah didengarnya bagaimana mereka itu berbalah-balah sedang diketahuinya, bahawa Jesus sudah memberi jawapan yang baik, lalu ia pula menyoal dia, katanya: “Hukum yang manakah dikatakan terutama sekali?”.

(Mark 12:29). Maka jawab Jesus kepadanya:: “Hukum yang terutama inilah: dengarlah olehmu hai Israel, adapun Allah Tuhan kita, ialah Tuhan Yang Esa”.

(Mark 12:30). Maka hendaklah engkau mengasihi Allah Tuhanmu dengan sebulat-bulat hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan sepenuh akal budimu dan dengan segala kekuatanmu.

(Mark 12:31). Dan yang kedua inilah; “Hendaklah engkau mengasihi sesamamu manusia seperti dirimu sendiri. Maka tiadalah hukum lain, yang lebih besar daripada kedua hukum ini”.

(Mark 12:32). Lalu kata ahli Taurat itu kepadanya: “Ya Guru, amat benarlah segala kata Guru bahawa Allah itu Esa seadanya dan tiada yang lain melainkan Allah”

Umat Islam berkeyakinan bahawa Isa al-Masih hanyalah Nabi dan Rasul yang diutus Allah khusus kepada Bani Israel. Dalil yg boleh dinyatakan ialah:

a) Ayat al-Qur’an melalui surah ali-‘Imran ayat 48-49. Maksudnya:
“Allah mengajarkan kepada Isa kitab, hikmah (ilmu), Taurat dan Injil. Dan menjadi Rasul kepada Bani Israel..” (dan seterusnya sampai akhir ayat)………..

b) Injil-injil turut menguatkan keterangan ini.
-Luke sendiri meriwayatkan dalam Injilnya ucapan-ucapan al-Masih yang terakhir sebelum pergi dari bumi ini, ketika beliau diburu oleh orang Yahudi dan Romawi. Ujarnya:
(Luke 13:33). “Tetapi haruslah aku melangsungkan perjalananku pada hari ini dan esok dan lusa; kerana tidak boleh seorang nabi dibunuh di luar Jerusalem”

(Luke 13:34). “Hai Jerusalem. Jerusalem yang membunuh nabi-nabi dan yang merajam segala orang yang disuruhkan kepadamu!. Berapa banyak kali aku berkehendak mernghimpunkan anak-anakmu, seperti seekor ibu ayam menghimpunkan anak-anaknya di bawah sayapnya, tetapi kamu tidak mahu”


-Tugas kerasulannya yg khusus kepada Bani Israel dibentangkan Matthew dalam Injilnya, ujarnya:

(Matthew 15:34). Maka jawab Jesus, katanya: “Tiadalah aku disuruhkan kepada yang lain hanya kepada segala domba yang sesat dari antara Bani Israel”

Umat Islam berkeyakinan bahawa Isa al-Masih menyeru hubungan langsung antara Allah dan amanusia dalam ibadat kepada Allah tanpa wasilah (perantaraan); seperti semua agama langit dari zaman purbakala.

Umat Islam juga berkeyakinan bahawa Isa al-Masih menerima kitab suci dari Tuhan yang bernama Injil, yang diucapkan Oleh Isa dalam bahasa ibunya iaitu bahasa umat tempat lahirnya iaitu bahasa Ibrani. Namun Injil tersebut tidak ada lagi. Hilang atau tersembunyinya Injil al-Masih yang asli itu adalah kerana perbuatan orang-orang yang sangat berkeinginan utk menukar, menambah atau mengurangi ajaran-ajaran al-Masih.

Ini bererti dengan kehilangan Injil al-Masih yang asli, ia digantikan dengan pelbagai Injil ciptaan manusia serta pelbagai ajaran lain yang dicipta mengikut kesesuian agama Masehi (Kristian) ini. Golongan tersebut juga berasa amat khuatir kerana Injil yang asli itu amat hampir dengan al-Qur’an dan ia memberi kekuatan kepada ajaran yang dikembangkan oleh Islam.

Umat Islam mempunyai keyakinan bahawa agama Masehi sekarang sudah amat jauh menyimpang dari ajaran al-Masih yang asli, terutama setelah Paul memeluk agama ini. Paul telah merosakkan agama ini dan beliaulah yang turut mengasaskan fahaman Trinity serta mengatakan bahawa al-Masih adalah Tuhan. Maka jelaslah bahawa agama Kristian sekarang amat jauh dari ajaran al-Masih yang mengajar Tauhid dan menyimpang menjadi agama musyrik. Tegasnya, agama Nasrani/Masehi/Kristian sekarang tidaklah dapat dikatakan agama Isa al-Masih tetapi ia adalah agama yg dicipta oleh Paul.

Umat Islam berkeyakinan bahawa Isa al-Masih telah mengkhabarkan tentang kedatangan Nabi Muhammad selepas baginda.

a) Firman Allah dalam al-Qur’an yg bermaksud:

“Ingatlah ketika Isa anak Maryam berkata: Wahai Bani Israel, sesungguhnya aku ini Rasulullah kepada kamu serta membenarkan apa yg sebelumku iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan seorang Rasul yang akan dating selepasku, namanya Ahmad (Muhammad). Maka tatkala Rasul itu dating kepada mereka dengan (membawa) keterangan, mereka berkata: Ini sihir yg nyata” (as-Shaf , juzu’(28):6)

b) Injil Barnaba turut menceritakan tentang hal ini dalam beberapa fasal dan ayat. Antaranya ialah Barnaba fasal 72:10, s/d 13; seterusnya Barnaba 96:13-15; Barnaba 97:14-18. Injil Yahya 14:26.

Rujukan: K.H. Agus Hakim, PERBANDINGAN AGAMA-Pandangan Islam mengenai kepercayaan Majusi, Shabiah, Yahudi, Kristian, Hindu, Buddha, Sikh. Terbitan Diponegoro, diedarkan oleh Pustaka Indonesia: Kuala Lumpur. Cet.ke10. 2002. m/s 108-112.